Sampai bila lagi mahu terperuk di bilik kecil milik you all tu? menangis pemergian cinta yang sudah tiada serinya lagi. Sudah...Sudahlah tu, bangun dan pergi mandi dengan air sejuk agar badan terasa segar. cuba kuatkan semangat dan bangkit daripada terus mengingat kisah-kisah cinta luka you all tuh. tak ke mana, jiak you all berterusan begini sedangkan si dia belum tentu menoleh ke belakang dan menginginkan you all kembali.
ya memang perit rasanya jika cinta yang dianggap sejati, yang mengisi hari-hari sebelum nie hilang begi sahaja. bukan mudah untuk menghilangkan rasa cinta yang terbit dari hati kerana perasaan itu sendiri bukan datang secara paksaan tetapi tulus dari hati yang suci.
jangan ditanya mengapa perkara nie terjadi dan terusan menyalahkan ex-bf, mungkin ianya datang daripada kesalahan you all sendiri tanpa disedari. ingat you all bukan hidup di dunia untuk hari ni jer, malah masih panjang lagi perjalanan hidup dan pelbagai perkara lagi yang perlu dilakukan. mengapa perlu menyeksa diri kerana cinta yang sudah pergi.
bangun gurlz.... lakukan sesuatu untuk diri sendiri, Berhenti tangis pemergian si dia yang tidak layak menerima cinta sejati daripada you all.
YANG MESTI YOU ALL LAKUKAN!
- Jauhi filem-filem yang jiwang dan tangkap leleh. Sebaliknya you all layan filem-filem yang boleh mengubah tangisan air mata tu kepada sesuatu yang boleh membuat you all ketawa. Elakkan menonton filem-filem hindustan yang penuh dengan air mata ataupun berkaitan cinta.
- perbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada dia, jika ex-bf pernah mengatakan yang you all nie gemuk, apa lagi lakukan sesuatu untuk kelihatan slim. mungkin jika bertemu kembali, biarkan si dia menyesal meninggalkan diri you all yang sudah kelihatan hot nie.
- sibukkan diri. lakukan aktiviti yang tidak pernah pun dimimpikan selama nie. berbasikal pada waktu pagi, mengis masa dengan belajar bermain alat muzik dan jika you all berbakat dalam bidang lukisan bolehlah penuhkan portfolio you all tu dengan hasil lukisan yang menarik.
- spend masa bersama kengkawan yang mungkin you all pernah abaikan perasaan mereka sepanjang hubungan cinta terjalin. Time ni lah, you all perlu tebus kembali kesalahan tu. ajak mereka menjadi kanak-kanak kembali,bermain hujan and do something silly seperti menjerit sekuat hati di atas bukit untuk melayanjiwa kacaw itu.
- dapatkan suasana baru, seperti mengubah warna pada dinding dan perabot di dalam bilik. barulah rasa seperti mati dan hidup semula. memang agak susah tetapi jika ingin bangkit dan melakukan sesuatu perubahan. suasana yang lama perlu dibuang terus daripada kamus hidup dan nikmati hari-hari yang mendatang dengan lebih fresh dan serba serbi baru.
- Ajak keluarga untuk bercuti. Selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan, bercuti juga adalah salah satu cara menghilangkan stres putus cinta. Pasti, sekembalinya you all dari percutian, jiwa akan lebih tenang dan aman gitu.
- Ada masanya you all perlukan privacy untuk menenangkan fikiran. Apa lagi spend satu hari yang indah dengan bershoping sepuas-puasnya. Shopping juga adalah satu cara terapi yang baik untuk membuang kekusutan dalam fikiran. Sekurang-kurangnya dapatlah juga you all mencuci otak dari terus bermain dengan perasaan yang memberontak tu. lagipun ber-shopping sorang-sorang lebih berbaloi, maklumlah you all akan membeli mengikut cita rasa sendiri tanpa perlu mendengar pendapat daripada pihak lain.
- bermesralah dengan binatang kesayangan seperti kucing, arnab dan sebagainya. sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan yang dialami. Lagipun you all juga akan merasa tenang dan gembira melihat telatah si manja si comel.
- Menulis surat, Jika you all membenci ex-bf tulislah semua kebencian ada di sehelai kertas, lalu bakar. hal ini hanya untuk menyalurkan emosi. kemudian belajar memaafkan si dia. barulah hari-hari you all akan lebih tenang dan gembira.
- apa lagi.... carilah kenalan baru. lupakan yang lama dan cuba lalui hari-hari yang mendatang dengan penuh semangat. Jangan takut untuk membuka diari baru dalam hidup mahupun dalam kisah percintaan. selebihnya, jangan ulangi kesilapan yang pernah dilakukan.
| | SELAMAT MENCUBA | |




