Eh, betullah! Cinta Gurlz & Boyz Berbeza

Assalammualaikum.
heyy peeps! now nak share about love.
read tittle first.
oke panjang tak title tuh?

selalu kita dengar orang mengungkap kata 'cinta itu buta'. tak pasti sama ada ia falsafah manis atau sekadar kata luahan rasa hati yang sulit diterjemahkan. Terpulang pada you all untuk mentafsir istilah cinta. Namun kebiasaannya you all pasti tersenyum simpul bila mendengar ayat cinta dibualkan. hehehehe

cinta adalah satu perasaan universal yang sentiasa ada pada setiap individu sampai bila-bila. sejak kecil manusia sudah diajarkan untuk mengenal cinta walau pendekatanya berbeza-beza  sehinggalah menginjak dewasa. itulah sebabnya pengertian cinta antara dua insan pada akhirnya juga turut berubah dan ada perbezaannya.
BENARKAH... gurlz lebih mendabakan perhatian sedangkan boyz lebih mengharapkan kepercayaan?
BETUL! Biarpun hanya mendapat perhatian sekecil mana pun, gurlz akan berasa begitu istimewa dan disayangi. Manakala boyz menganggap jika gurlz yang dia cintai mempercayainya bererti gurlz tercintanya meyakini bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk mereka berdua.

BENARKAH... gurlz lebih mendabakan pengertian, sedangkan boyz lebih mengharapkan penerimaan?
BETUL! Boyz selalu mampu mendengar luahan tanpa menghakimi dan bersimpati pada gurlz yang dicintainya. Sikap boyz yang lebih mudah memahami nie bukanlah didapatkan dari hasil membaca fikiran atau mendalami perasaan gurlz. Tetapi kerana boyz kerap berusaha mengumpul makna-makna dari apa yang didengar dan dilihatnya supaya dapat mengiakan setiap butir kata dari bicara kekasihnya. Bila gurlz dengan penuh rasa kasih menerima boyz tanpa berusaha mengubah dirinya, cukup bagi boyz merasa bahagia.

BENARKAH... gurlz lebih mendabakan rasa hormat, sedangkan boyz lebih mengharapkan penghargaan?
BETUL! gurlz berasa dihormati bila boyz mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan, impian dan keperluan asas seorang, gurlz. bila setiap tingkah laku boyz itu mempertimbangkan cara berfikir dan perasaannya, gurlz tersebut pasti selesa dan gembira dihormati. Manakala bagi boyz, penghargaan merupakan reaksi semula jadi terhadap perasaan yang ada. Jika usahanya dihargai, boyz akan tahu bahawa kerja kerasnya tidak sia-sia. secara tak langsung, ia mampu mendorong boyz untuk membuat lebih banyak hal yang terhebat. Boyz yang berasa dihargai secara automatik lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

BENARKAH... gurlz lebih mendabakan ketegasan, sedangkan boyz lebih mengharapkan persetujuan?
BETUL! biasanya boyz akan lebih mudah menghargai perasaan gurlz bila dia pada saat awal perhubungan lagi sudah sedia mempersetujui setiap hal tentang pasangannya. manakala gurlz akan lebih berasa dicintai sepenuhnya jika boyz yang dikasihi mampu menerimanya dengan bukti menegaskan betapa akrabnya hubungan mereka secara yang wajar.

BENARKAH... gurlz lebih mendabakan kesetiaan, sedangkan boyz lebih mengharapkan rasa kagum?
BETUL! logiknya jika gurlz berasa dirinya yang terpenting dalam kehidupan boyz yang disayangi, maka dengan mudah dia akan memberikan kekagumanya. Begitu juga sebaliknya bagi boyz bila dia berasa dikagumi, secara terus boyz dengan cukup ikhlas untuk kekal berada di samping gurlz yang tersayang dan turut menyanjungnya.

Terima Kasih kerana sudi membaca