MEMAHAMI boys memang sangat kompleks! Itu yang biasa you all lakukan. Betul tak? Sebenarnya situasi yang sama juga berlaku di pihak boys. Konklusinya, memahami gender berlawanan perlukan banyak masa dan perhatian.
Yang pasti, ia sangat seronok untuk dipelajari, lebih-lebih lagi, bila you all sudah boleh ‘membaca’ gerak-geri boyz dan mengerti maknanya. It’s sound interesting.
Boyz memang kaya dengan bermacam-macam ‘trick’. Tentu sekali yang melibatkan perhubungan dan dan kepentingan diri, memang sudah lumrah mereka begitu dan muncul secara spontan.
SELAMAT TINGGAL JULIET
Gejala yang menunjukkan si dia sudah bosan dengan you all sebenarnya senang dipastikan. Tetapi mungkin you all yang kurang perasan! Walaupun sudah banyak tanda yang diberikan oleh si dia, semua ditelan bulat-bulat. Alasannya sebab, sudah terlalu sayang. Sangat-sangat tipikal kan jawapan ini. Namun ini lah hakikat yang akan berlaku.
Jadi buat gurlz yang mendapat tanda-tanda ini daripada si dia Cuma ada satu perkataan yang paling sesuai ; BERSIAP SEDIA! You all mungkin bakal ditinggalkan oleh si dia.
JARANG DATING
Padahal dulu setiap weekend si dia tak pernah miss untuk mengajak you all keluar. Pantang ada masa lapang pasti ada saja tempat nak dikunjungi sama-sama. Tu belum kira asal ada filem baru keluar atau konsert artis kesukaan you all. Aneh tak bila tiba-tiba dia sedikit pon tak rasa rindu dengan you all? Tambah-tambah lagi isnin-jumaat langsung tak berkesempatan nak bertemu.(kecuali bagi yang satu sekolah). Sibuk ke? Walaupun dengan kengkawan ada masa nak lepak?! Ish.... tak faham-faham lagi??
LAMBAT BALAS SMS.
Jika sebelum ini tak sampai seminit pon sms you all pasti sudah dibalas. Ada pula kadang-kadang terus telefon sebab terlambat membalas pesanan you all. Sekarang balasanya jarang-jarang dan lambat sangat. Ayatnya juga sudah semakin singkat. Lagi teruk kalau tak terbalas langsung. Katanya terlupa atau tak perasan ada sms daripada you all. Jika si dia dah mula begini menunjukkan bahawa you all sudah tidak masuk dalam senarai keutamaan lagi dalam hidup you all.
SEPATAH KATA
Macam mahu tak mahu saja dia bercakap dengan you all. Tabiat dia yang suka mengajak you all bersembang walau topiknya entah apa-apa tiba-tiba saja berubah. Bila ditanya sepatah, jawapannya sepatah. Pendek kata yang penting-penting saja.
SEMAKIN MENJAUH
Duduk sebelah, pelan-pelan mengesot ke tepi. Berdiri sudah sedepa jauhnya. Tiada lagi bergandingan tangan. Berjalan pun maju lima tapak ke depan. Sebelum nie, bagai digam-gam. Tak ubah seperti belangkas. Tak syak lagi, si dia cuba mengurangi rasa bersalah kerana mahu minta putus.
STATUS “ANEH”
Si dia asyik mengirim status, mengirim gift, atau menulis pesan di wall FB kengkawannya. Di wall sendiri, bermacam-macam status pelik berkaitan dengan hal ‘bosan’. Peliknya bila akaun you all sendiri tak pernah menerima sebarang pesan daripadanya. Apatah lagi message dalam inbox. Kalau adapun sekadar membalas komen daripada kawan-kawan tentang dirinya.
HERM KEDEKUTNYA
Kalau sudah namanya boyz, egonya memang setinggi-tinggi langit. Biar memang hakikat si dia amatlah kedekut bin bakhil tidak akan sekali-kali mengaku kelemahan diri. Apa boleh buat? Katanya berjimat tu bagus. Memang betul tetapi, jika setiap perkara perlu membuka akaun kira-kira teruk juga jadinya.
Apa pun bagi you all, cubalah fahami boyz yang ada dalam kategori ini. Check it out!
SMS ONLY
Dari yang sebelumnya rajin menelefon, sekarang si dia hanya mengirim sms. Alasan biasa yang diberikan ialah sibuk sampai tak sempat menelefon. Mungkin juga alasannya telefon rosak atau kehabisan bateri. Ada-ada saja kan? Tunggulah sampai kiriman smsnya Cuma sekali sehari. Hehe.
BAYAR MAKAN SENDIRI
Ketika you all mengajak makan di luar, si dia akan berkata, “kalau you nak minta i temankan boleh je. I baru makan tadi, kenyang lagi.” Kalau si dia tak makan, jadinya tak perlulah dia untuk membayar. Silap hari bualan, you all pula yang terpaksa membayar air minumannya sebab membalas budi kerana si dia sudi menemankan you all keluar.
FREE ENTRANCE
Tiba saat berdating, tempat yang di pilih pasti sederhana. Bagusnya jika tak memerlukan apa-apa bayaran. Percuma itu lagi disukai! Daripada tengok wayang, si dia lebih rela berjumpa you all di rumah sambil menonton DVD. Lupakan saja niat nak menyaksikan konsert atau ketempat yang jauh. Cukup dengan ke taman atau tapak permainan yang biayanya lebih selamat buat kesihatan poket.
DUDUK RUMAH SAJA
Daripada berjalan-jalan tak tentu hala atau harus keluar rumah tanpa duit yang cukup, boyz jenis nie lebih rela memilih untuk menghabiskan masa bersantai dan tidur di rumah. Lebih aman dan jauh daripada godaan berbelanja!
| selamat mencuba |




